Categories: Trending

Amy Search “Sound” Kru Produksi, Nabila Huda Selamat Sampai Rumah

KITA semua sedia tahu, perintah kawalan pergerakan telahpun diarahkan oleh Perdana Menteri Malaysia berkuatkuasa 18 Mac sehingga 31 Mac bagi mengurangkankan penularan wabak covid-19. Sepanjang tempoh kawalan pergerakan, rakyat Malaysia diperintahkan supaya mengkuarantinkan diri rumah dan hanya keluar apabila perlu sahaja. 

Namun, tidak untuk pelakon Nabila Huda apabila dia perlu menjalani penggambaran di Kelantan semasa tempoh kawalan pergerakan mula berkuatkuasa.  Pekara ini diluahkan oleh Nabila Huda sendiri menerusi sebuah entri di laman Instagram milik peribadinya. 

Menerusi kapsyen  Abil, ketika kerajaan memerintahkan kawalan pergerakan untuk rakyat Malaysia, dia masih lagi di Kelantan perlu bekerja dan meneruskan penggambaran. Apa yang lebih menyedihkan, Abil teringin untuk makan maggi ketam tetapi malangnya semua kedai makan di Kelantan ditutup. 

Anak aku patutnya ada di rumah, bukan bekerja!

Perkongsian selebriti tersebut ternyata telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen dan lebih mengejutkan, bapa kepada  Abil iaitu Amy Search  bertindak meninggalkan komen pada foto anaknya itu. Menerusi komen tersebut, Amy meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak produksi yang masih meneruskan penggambaran walaupun pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan kawalan pergerakan.

Penyanyi rock lagenda  itu juga meminta anaknya supaya pulang ke rumah dengan segera dan meminta pihak polis supaya mengambil tindakan terhadap pihak kru produksi tersebut.

Baru-baru ini Abil telah memuatnaik skeping foto dengan kapsyen “home sweet home,” menunjukkan bahawa dia sudah selamat tiba di rumah. Wah, bila dah selamat tiba di rumah boleh la Abil masak maggi ketam sendiri. Hilang terus craving, hiks!

Pastikan korang juga duduk di rumah diam-diam ya. Stay safe!

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover