Categories: Trending

Anggota Penjara Gembira Macam Nak Raya, PKPD Diisytihar Tamat

Itu adalah luahan perasaan Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, Mohamed Jusoh Ismail sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diisytihar tamat, malam tadi.

Beliau bersyukur keadaan berjalan dengan baik sepanjang tempoh PKPD dipenjara berkenaan terutamanya dalam menangani Kluster Penjara Reman.

“Alhamdulillah syukur, rasa seronok dan gembira macam hendak sambut hari raya.”

” Juga diadakan bacaan doa, takbir dan lagu semangat oleh semua yang terbabit termasuk keluarga kakitangan
” katanya.

Menurutnya, keadaan di dalam penjara Reman adalah terkawal namun masih terdapat tiga lagi banduan yang masih menjalani rawatan Covid-19.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PKPD di Penjara Reman dan Kuarters Penjara Reman 15 Oktober sehingga 28 Oktober yang kemudiannya dilanjutkan lagi sehingga 11 November.

Sumber : BH Online

Salma Syahbuddin