Categories: Trending

Anugerah Juara Lagu 35 Ditangguh

Anugerah penuh berprestij Anugerah Juara Lagu 35 yang telah dirancang untuk bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada 7 Februari 2021 telah ditunda pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Keputusan itu dibuat TV3 bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Dato’ Khairul Anwar Salleh berkata , “YAB Perdana Menteri telah menguatkuasakan PKP bermula hari Rabu ini sehingga 26 Januari 2021. Tempoh 14 hari PKP ini akan mengekang tugas-tugas persediaan AJL35, terutama kerja-kerja pembinaan pentas dan set lain. Hal ini kerana, kerja-kerja pembinaan tersebut memerlukan tenaga kerja yang ramai. “

“Oleh itu, untuk kebaikan semua pihak, kami memutuskan untuk menunda AJL35 ke tarikh yang akan diberitahu kelak, sebaiknya setelah tempoh PKP ditamatkan secara rasmi.”

AJL35  yang akan menyaksikan gandingan tiga hos iaitu Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni sebelum ini dirancang dengan pematuhan SOP bagi mengawal penularan COVID-19.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”