Categories: Trending

Rakyat Ingkar PKP Bakal Berdepan Tindakan Tegas – Ketua Polis Negara

Susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua ini, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan bertindak lebih tegas terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) bermula tengah malam ini.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pada masa ini PDRM sedang membuat persiapan untuk kembali melaksanakan penugasan penguatkuasaan di seluruh negara termasuk dari segi kawalan dan sekatan jalan raya.

Tindakan lebih tegas

Tambahnya lagi, berbanding ketika pelaksanaan PKP pada 18 Mac tahun lalu, PKP pada kali ini akan memperlihatkan ketegasan dari pihak polis.

“Kita tidak akan berkompromi mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang didapati melanggar syarat ditetapkan.

“Masa untuk mendidik dan menasihat sudah habis, sekarang untuk kami laksanakan terus penguatkuasaan terhadap mereka yang masih berdegil” katanya.

Dan, PDRM juga akan mengeluarkan perkembangan mengenai arahan dan pelaksanaan penguatkuasaan terhadap orang ramai sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Selain turut mengingatkan masyarakat, untuk sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga dan orang yang berada di sekeliling bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19.

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin