Categories: Trending

Apa Kesudahan Drama Ayahanda? Jangan Lupa Saksikan Episod Akhir Malam Ini!

Drama Ayahanda mendapat perhatian ramai semenjak ia mula bersiaran dan menemui penonton pada 10 Julai lalu.

Selain memaparkan jalan cerita yang tidak klise, aksi pelakon yang hebat seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Noorkhiriah, Rita Nadira dan ramai lagi ini membuatkan penonton terpesona.

Sebelum ini, drama yang mempunyai 13 episod ini disifatkan sebagai drama yang membuka mata para penonton dan memberi gambaran realiti sebenar kehidupan dalam keluarga hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Muak Dengan Family Kaya Rampas Kuasa, Ini Baru Realiti..”- Drama Ayahanda Raih Pujian Ramai

Selain itu, drama arahan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar ini turut mendapat perhatian kerana menampilkan aksi pelakon otai seperti Jalil Hamid dan Fauziah Ahmad Daud.

ARTIKEL BERKENAAN: Ambil Pelakon Veteran Jadi Watak Utama, Ramai Tertunggu Drama Ayahanda

Kini, naskhah adaptasi novel karya penulis sastera terkenal iaiitu Allahyarham Azizi Haji Abdullah itu memasuki episod akhir yang akan bersiaran malam ini.

Apakah kesudahan drama bersiri Ayahanda? Pastinya ramai penonton yang tidak sabar menantikan pengakhiran naskhah hebat ini!

Jangan lupa saksikan episod akhir Ayahanda pada 9 malam ini di TV3!

Padin