Categories: Trending

Olimpik Tokyo 2020: Malaysia Raih Pingat Pertama, Beregu Lelaki Bawa Pulang Gangsa

Pasangan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan negara pingat pertama apabila berjaya merangkul gangsa dalam acara beregu lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.

Beregu nombor sembilan dunia itu memastikan skuad badminton negara tidak pulang dengan tangan kosong selepas berjaya menewaskan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14 pada penentuan pingat.

Ini menyaksikan Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya menebus kekecewaan atas kekalahan 16-21, 19-21 di tangan lawan sama pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini.

Malah, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan adalah pasangan dari Indonesia yang kedua menjadi ‘mangsa’ beregu negara pada temasya kali ini selepas mereka menumbangkan Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon di suku akhir.

Malah, kejayaan menewaskan Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon yang merupakan beregu nombor satu dunia merupakan satu pengalaman manis untuk Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Untuk rekod, ini merupakan penampilan sulung Aaron Chia-Soh Wooi Yik di pentas Olimpik dan membawa pulang pingat gangsa adalah satu pencapaian yang amat membanggakan!

Padin