Categories: Trending

Ayah Surya Datang Peluk Saya, Menangis” – Sebak! Ustaz Ebit Lew Bertemu Keluarga Arwah

Baru baru ini, kes pembunuhan seorang remaja perempuan di Terengganu, Siti Nur Surya Ismail, 19, yang dibunuh  secara kejam oleh sahabatnya sendiri membuatkan ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga arwah.

Tidak ketinggalan, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew yang sempat menziarahi rumah keluarga mangsa.

Dalam satu perkongsian di laman Facebook, Ebit berkongsi beberapa foto beliau sempat menziarahi keluarga mangsa.

Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah..

Menurut Ebit ketika beliau tiba di rumah keluarga arwah Surya, dirinya dipeluk erat oleh bapa Surya seakan tidak lagi dapat menyembunyikan kesedihan yang dilalui.

Malah, bapa arwah Surya sempat berkongsi mengenai kisah arwah Surya yang rajin membantu keluarganya.

“Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah.  Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser. Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3.

“Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan mak nya sentiasa. Maknya kenal saya. Katanya selalu tengok saya walau dalam keadaan tak sihat.” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Syurga Buatmu, Surya” Momen Ibu Lihat Jenazah Surya Diusung Keluar Ternyata Undang Sebak

Ramai yang sebak serta turut bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga arwah. Dalam pada itu, Ebit juga sempat menitipkan sumbangan buat keluarga mereka.

Kami di Xtra mendoakan semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”