Categories: #BabyXTRATrending

#BabyXTRA: Bercuti Di AS, Pergi Konsert Blackpink Di Korea Sebelum Bersalin… Yaya Zahir & Suami Syukur Puas Berjalan!

Aktif dalam bidang pengacaraan dan modeling tidak menghalang selebriti Yaya Zahir untuk melahirkan zuriat.

Beruntung juga jadi Yaya, tak mengidam benda pelik dan lalui morning sickness tak teruk dan normal seperti ibu lain.

Menerusi segmen #BabyXTRA minggu ini, Yaya berkongsi pengalaman paling menarik yang dihadapinya ketika mengandung anak sulung, Atheer Aziz.

Teroka Luar Negara, Pergi Konsert Blackpink!

Wow! Bukan calang-calang ya meskipun sarat mengandung tapi Yaya gigih berjalan ke luar negara…. Siap pergi konsert Blackpink di Korea!

Menurut Yaya, dia bersyukur diberi peluang untuk bercuti dan meluangkan masa berdua bersama suaminya, Arriz Azim ketika sedang hamil.

“Pengalaman paling tak dilupakan masa mengandung alhamdulillah, saya banyak berjalan… Pergi ke Amerika Syarikat dua kali, pergi Korea untuk tengok konsert Blackpink masa anak dalam perut.

“Pergi London, Alhamdulillah saya dengan suami dapat enjoy berjalan dengan baby dalam perut,” katanya.

Scroll Website Tengah Malam, Jumpa Nama Anak!

‘Atheer Arriz’ nama anak Yaya dan suami… dari nama je dah tahu besar nanti mesti handsome ni!

Menurut Yaya, dia dan suami memilih nama anak mereka bersama dan sepakat untuk menamakan putera sulung sebagai Atheer.

“Malam-malam saya suka tengok website cari nama yang best lepastu terjumpa nama Atheer.

“Bunyi unik sangat dan maksudnya pun indah iaitu seorang yang mempunyai personaliti baik, juga bermaksud shining from the sword macam cahaya yang bersinar la,” katanya lagi.

First time parents! Yaya & suami beri sokongan mental

Pertama kali menjadi ibu bapa banyak mengajar Yaya dan suami untuk saling memberi sokongan dan bersikap toleransi.

Jelas Yaya, suami perlu memberi sokongan kepada isteri dan isteri juga perlu bergantung kepada suami untuk rasa tenang.

“Bila dah jadi parents ini we really need each other. We need support as husband and wife.

“Bila ada baby lagi kena support. Sangat penting. Isteri juga perlukan suami. Bila suami ada kita rasa ok, tenang dan percaya kita boleh lakukannya,” tuturnya lagi.

Pada 12 April lalu, Yaya selamat melahirkan cahaya mata lelaki pertama bernama Atheer Arriz.

Sekadar info, Yaya dan suami, Arriz Azim mendirikan rumah tangga pada Ogos 2019.

Aqilah Paharuzi