Categories: Trending

Bacaan Surah Al-Baqarah, Iringi Para Syuhada Tragedi Christchurch Buat Ramai Sebak

Pastinya peristiwa Christchurch menjadi antara salah satu lipatan sejarah yang meninggalkan kesan cukup mendalam bagi setiap umat islam di serata dunia. 

Namun, apa yang cukup menyentuh hati ketika upacara penghormatan terakhir atau soladariti buat mereka yang telah pergi pada hari yang cukup barakah itu adalah bacaan Surah Al-Baqarah yang dialunkan oleh salah seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti  Canterburry (UCSA), Shahmi Aiman Saiful Adly.

Bacaan yang cukup syahdu ketika upacara penghormatan terakhir yang dianjurkan oleh pihak universiti itu nyata mengundang sebak dikalangan netizen.

Menurut Shahmi, seramai 10 ribu pelajar berkumpul di padang Universiti Centerburry , New Zealand pada hari tersebut.
Apapun, sama-samalah kita sedekhakan Al-Fatihah buat mereka yang  terkorban akibat serangan pengganas yang berlaku pada 15 Mac 2019 lalu.
Salma Syahbuddin