Mak Duta Trivago, Anak Duta PetPet…

‘Bila dah jadi ibu, terasa masa jalan terlalu pantas,’ demikian kata pengacara televisyen Dahlia Shazwan berkongsi pengalaman pertama bergelar ibu.

Dahlia ketika ditemui di majlis sidang media perlantikan duta pampers PetPet memberitahu dia kini melalui fasa paling bahagia membawa tanggungjawab ibu kepada bayi bernama Freda Shafiq.

“ Saya membesarkan Freda bersama suami tanpa bantuan pengasuh. Dari situ, saya seronok melihat anak membesar di depan mata.

“ Bukan tidak mahu meletakkan kepercayaan kepada taska atau pengasuh. Saya lebih selesa bergilir bersama suami mengasuh Freda sendiri,” kata Dahlia.

Sementara itu, pengacara berusia 29 tahun ini gembira apabila anak kesayangannya itu dilantik menjadi duta baharu PetPet, baru-baru ini.

Dahlia juga memaklumkan sebelum menerima tawaran berkenaan, dia dan suami turut meneliti syarat yang diletakkan.

“ Saya perlu beri keutamaan kepada Freda dalam hal ini kerana ia melibatkan aspek promosi dan sebagainya. Sebagai contoh, ketika waktu penggambaran untuk iklan, pihak produksi perlu ikut waktu Freda tidur dan bangun. Dia masih bayi dan tidak boleh bercakap.

“ Saya dan suami juga berpuas hati dengan syarat dan cara pengurusan bekerja. Atas sebab itu, saya terima,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dahlia bakal muncul dalam sebuah program bertajuk Obsesiku di Astro bermula April depan.

SGMS Faida