Categories: Trending

Bank Muamalat Tawar Tempoh Moratorium Pinjaman Sehingga 6 Bulan Buat Mangsa Banjir Bermula…

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Bhd, Khairul Kamarudin memaklumkan Bank Muamalat menawarkan tempoh moratorium pinjaman sehingga enam bulan bagi semua kemudahan pembiayaan kepada individu dan perniagaan di kawasan yang dilanda banjir. 

Ini kerana, bank itu prihatin dengan kesejahteraan pelanggannya yang terjejas akibat banjir yang melanda sekarang dan menjejaskan ribuan penduduk, merosakkan ladang dan menyebabkan perniagaan ditutup. 

Tempoh pinjaman selama 6 bulan

Oleh itu, bank akan menawarkan bantuan dalam bentuk moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan berdasarkan kepada merit kes.

” bank ini akan terus menghubungi pelanggan menerusi pelbagai platform media sosial bagi memastikan mereka mendapat penangguhan dalam kewajipan kewangan mereka semasa tempoh sukar ini,” katanya.

Justeru itu, bagi pelanggan yang ingin memohon bantuan perlu melengkapkan bukti dokumen yang berkaitan seperti foto dan pengesahan daripada pihak berkuasa tempatan.

Pelanggan yang menerima Bantuan Pembayaran Bersasar layak memohon

Pelanggan yang termasuk dalam program yang ketika ini dikenal pasti sebagai Bantuan Pembayaran Bersasar ATAU  Bantuan Pembayaran Bersasar Dipertingkat layak memohon dan tempoh pembayaran moratorium itu akan menggantikan program sedia ada.

Tawaran moratorium ini akan dibuka kepada pelanggan yang layak bermula 28 Februari 2021.

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin