Categories: Trending

Bantuan Komputer Riba Untuk Pelajar B40, Inisiatif CERDIK Dilancar Februari Ini

Kerajaan mengumumkan sumbangan sebanyak RM150 juta ke dalam Tabung CERDIK oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bagi pemberian komputer riba kepada 150 ribu murid di 500 sekolah sebagai projek rintis yang akan diselia Yayasan Hasanah.


Inisiatif CERDIK menyediakan akses digital iaitu komputer riba, tablet, dan penyambungan data kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah atau B40 ini akan dilancarkan mulai Februari. 

Langkah itu juga akan dapat membantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah untuk membiasakan diri dengan norma baharu bagi pembelajaran dalam talian, e-pembelajaran dan pengajaran di luar kelas.


Walaubagaimanapun, pemilihan pelajar dan sekolah yang akan terlibat dengan CERDIK akan ditentukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 


Iniasiatif CERDIK diperkenalkan ketika pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lalu.

Kredit foto: MCI

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”