Categories: Trending

Elak Laksanakan Langkah Terdesak, PKP 2.0 Perlu Disemak Semula

Menurut Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar mengenai ura-ura hampir semua aktiviti ekonomi akan ditutup mulai Februari ini, beliau memaklumkan adalah wajar jika pelaksanaan PKP 2.0 disemak semula.

“Jika bermaksud menutup sekolah, masjid dan operasi pejabat namun apabila penyebab (utama) penularan Covid-19 tidak ada di tempat itu, maka PKP itu mungkin gagal,”

Langkah terdesak ‘lockdown’ bakal dilaksanakan

Tambahnya lagi, jika keadaan jangkitan melebihi kemampuan penjagaan kesihatan seperti jumlah katil di pusat kuarantin, hospital, unit rawatan rapi atau ketika kematian terlalu tinggi maka adalah wajar jika ‘lockdown’ dilaksanakan.

” Ini harus menjadi langkah terdesak. Keputusan penutupan sektor ekonomi atau langkah mengetatkan lagi PKP, hanya mereka yang mengetahui keadaan wabak sebenar berdasarkan data epidemiologi dapat memberitahu dan menilai,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin