Categories: Trending

“Kita Perlu Terus Berjuang” – Dr Noor Hisham Luah Kesedihan 1 Tahun Perangi Covid-19

Berikutan peningkatan kes COVID-19 yang masih berada di tahap membimbangkan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan kesedihan beliau dalam menempuhi satu tahun memerangi pandemik COVID-19.

Menerusi perkongsian di akaun Twitter miliknya, beliau turut memaklumkan perjuangan ini masih belum berakhir. 


“Walaupun kita berasa penat dan lesu dari segi mental dan fizikal, kita semua perlu terus berjuang.

Malah, beliau menggesa semua pihak, untuk bersama sama memikul tanggung jawab dalam memerangi virus ini.

“Semua orang, tidak kira siapa, perlu berganding bahu memikul tanggung jawab ini demi menyelamatkan negara,” ujarnya.

“Duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar. Bersama-sama kita memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.


“Kita perlu bersatu dan bersama menentang perjuagan ini. InshaAllah,” katanya.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”