Categories: Trending

Shuk Sahar Sah Digantung Dari Hot FM

Selepas isu kontroversi yang timbul beberapa hari lalu mengenai isu rumahtangga pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar dan isteri, Rossalennah Natassiah Asshaferah, pihak pengurusan stesen radio tersebut kini mengesahkan bahawa perkhidmatan Shuk digantung serta merta.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh stesen radio rasmi itu penggantungan sementara perkhidmatan Shuk adalah untuk memberikan ruang kepada pihak pengurusan menjalankan siasatan mengenai isu yang tular.

Dan, perkembangan terkini mengenai penggantungan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar akan diumumkan secara rasmi oleh pihakpengurusan Hot FM selepas sisatan dalaman selesai.

Terdahulu, Shuk dilaporkan curang apabila isterinya memuat naik hantaran dilaman instagram miliknya pada Sabtu.

Shuk dan Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.

Salma Syahbuddin