Categories: FeaturedTrending

Bantuan One-Off RM 500 Buat 4 Golongan Ini Bermula 22 Februari

Menerusi Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Kerajaan mengumumkan bantuan kewangan one-off sebanyak RM500 ringgit kepada pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e- hailing, bagi meringankan beban mereka.⠀


Menurut pangkalan data terkini, lebih kurang 110,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan kenderaan e-hailing sepenuh masa akan menerima bantuan tunai tersebut, melibatkan jumlah keseluruhan RM55 juta.⠀

Seramai 20,000 pemandu teksi dan kereta sewa menerima bantuan tersebut yang telah dikreditkan ke dalam akaun pemandu-pemandu yang terlibat, manakala baki seramai 15,000 lagi akan menerima bantuan tersebut secara berperingkat selewat-lewatnya pada 15 Mac 2021.⠀


Baki 75,000 penerima termasuk pemandu e-hailing, bas sekolah dan bas persiaran akan mula menerima bantuan tersebut secara berperingkat mulai 26 Februari 2021.⠀

Kerajaan berharap agar bantuan ini akan membantu golongan tersebut sementara Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”