Categories: Trending

Ibu Mengandung Disaran TIDAK Ambil Vaksin – Menteri Kesihatan

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan golongan ibu mengandung setakat ini tidak digalakkan menerima vaksin Covid-19. Ini kerana, data  yang diperolehi berhubung faktor keberkesanan dan keselamatan daripada pengeluar belum diperoleh.

Jelasnya, pihak kementerian akan terus mengguna pakai garis panduan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 yang beliau dan Menteri Penyelaras Khairy Jamaluddin pengerusikan bersama, selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dan, pihaknya sedia maklum bahawa Pfizer telah memulakan ujian klinikal untuk kategori masyarakat berkenaan.

Sumber : Google

“Kita masih menetapkan lagi ibu mengandung tak diberi vaksinasi, masih terus terpakai kerana kajian Pfizer (baru lagi dilaksanakan) dan kita belum lagi dapat maklumat daripada mereka,” katanya ketika program Simulasi Pemberian Vaksin Covid-19 hari ini.

Pada 19 Februari lepas, media antarabangsa memetik pengumuman Pfizer bahawa mereka akan melaksanakan ujian klinikal vaksin kepada 4,000 ibu mengandung berusia antara 18 hingga 40 tahun, dan mempunyai usia kandungan antara 24 hingga 34 minggu.

Manakala, sebahagian sukarelawan terbabit akan menerima dua dos vaksin Pfizer, dan sebahagian lagi akan menerima ‘dummy shots’.

Dr Adham Baba juga menjelaskan mengenai skim pampasan bagi mereka yang mengalami alahan atau Skim Mudarat Vaksinasi kini dalam penelitian di peringkat jemaah menteri.

 

Sumber : Awani

Salma Syahbuddin