Categories: FeaturedTrending

Cara Daftar Vaksin 2021 Menggunakan Aplikasi MySejahtera

Rakyat Malaysia kini sudah boleh mendaftar untuk divaksinkan tidak lama lagi bermula 1 Mac ini.

Untuk memudahkan proses pendaftaran, orang ramai dinasihatkan mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.

Bagi pendaftaran di aplikasi My Sejahtera, ikuti langkah tertera:

1. Kemaskini aplikasi MySejahtera
2. Tekan butang COVID 19 Vaccination
3. Lakukan pengesahan nama penuh, nombor IC dan nombor telefon.

Beberapa soalan penting seperti sama ada berminat atau tidak untuk menerima vaksin, sejarah penyakit dan pendaftaran OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat serta tempat tinggal yang terkini.

Proses vaksinasi Fasa 1 bagi frontliners akan bermula esok.

Untuk maklumat lanjut, lawatilah laman web rasmi Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan di sini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”