Categories: Trending

“Senyuman Pada Wajah Orang Miskin & Doa Mereka Besar Nilainya…” Ebit Lew Rancang Buka Restoran FREE Dan Rumah Gelandangan

Melihat kepada usaha beliau memberikan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew kini mahu meluaskan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Ramai yang dah dibantu tapi ramai lagi yang masih memerlukan”

Perkara ini dikongsi oleh beliau menerusi muat naik di laman Facebook rasminya ketika sesi pertemuan bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Sumber : Facebook

Dalam pertemuan tersebut, Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew merancang untuk membuka sebuah restoran yang menawarkan juadah percuma serta membuka tempat penginapan baru bagi gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

Selain itu, tapak berniaga untuk penjaja Food Court juga akan disediakan termasuklah dari segi pemberian dana dan lain-lain.

Sumber : Facebook

“Perkara yang akan dilakukan bersama menyediakan Tapak berniaga untuk penjaja seperti Food Court dan membantu mereka dari segi dana dan lain-lain. Kami juga akan buat Restoren Free untuk mereka yang memerlukan dan lapar untuk makan di KL dan Putrajaya. Dan, berbincang untuk buka tempat penginapan bagi gelandangan di Kuala Lumpur”  katanya.

 

Terdahulu, Ustaz Ebit Lew baru sahaja selesai menghulurkan bantuan kepada penduduk daif di sekitar Sabah di samping menghulurkan bantuan kepada pemuda cacat penglihatan yang kehilangan rumah dalam satu kebakaran baru-baru ini.

Salma Syahbuddin