Program Penghargaan Warga Emas menerusi iSejahtera ini adalah inisiatif sumbangan penghargan yang dijalankan oleh negeri Pulau Pinang dengan memberi bantuan wang sebanyak RM150 setahun secara one off. Manakala, bagi warga emas yang meninggal dunia, sumbangan RM1,000 secara one-off akan diberikan kepada waris warga emas berkenaan.
Menerusi program iSejahtetra ini juga, Program Bantuan Ibu Tunggal dan Ibu Emas juga akan diberikan sumbangan wang sebanyak RM100 setahun secara one off dan, sumbangan bagi golongan kurang upaya (OKU) juga turut dinaikkan dari RM100 ke RM150 setahun secara one off.
Bagi golongan Ibu Tunggal atau OKU yang meninggal dunia, sumbangan wang sebanyak RM1,000 secara one-off akan diberikan kepada waris mereka.
Berikut merupakan syarat permohonan bagi bantuan penghargaan warga emas ;
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR dan pemohon diminta untuk kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.
Bagi permohonan secara online pula, hanya Program Anak Emas, Warga Emas, Ibu Emas dan Ibu Tunggal sahaja boleh dilakukan.
Antara dokumen yang diperlukan adalah :
Status Pendaftaran boleh disemak samada melalui sistem iSejahtera atau dengan menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699/5700 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing. Kemudahan semakan status pendaftaran menerusi perkhidmatan SMS turut disediakan (buat masa ini terhad kepada Program Penghargaan Warga Emas sahaja).
Namun, tarikh bayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari https://isejahtera.penang.gov.my/ ATAU boleh hubungi Pejabat Daerah yang berkaitan.
ARTIKEL BERKAITAN : Syarat Layak & Cara Mohon Bantuan Bulanan RM500 Buat Warga Emas
Sumber : isejahterapenang
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅
Jangan buat main fasal anak ya!
Betul! Emosi sangat penting
Ini penjelasan Redza