Categories: FeaturedTrending

Baru Berusia 19 Tahun, Kecantikan Melayu Asli Puteri Bongsu Sultan Terengganu Jadi Bualan Ramai

Sejak menginjak usia 19 tahun,  puteri bongsu Negeri Terengganu Darul Iman, YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’ atau lebih dikenali sebagai Tengku Zahra semakin mendapat perhatian ramai.

Tengku Zahra merupakan puteri bongsu kepada pasangan KDYMM Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Ketika menyambut ulangtahunnya April lalu, foto foto  beliau menjadi perhatian ramai kerana  rupa paras dan penampilannya yang seakan wanita melayu asli.

Bukan itu sahaja, malah ramai turut memuji kecantikan asli yang dimilikinya sama seperti bondanya, KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Walaupun masih muda, Tengku Zahrah  dilihat aktif menghadiri dan menemani bundanya di majlis majlis  formal diraja dan sering menjadi tumpuan lensa kamera.

Difahamkan, beliau memiliki tiga orang kekanda iaitu Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, 25, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, 23, dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az, 21.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”