Categories: FeaturedTrending

Netizen Dakwa Eina Azman & Suami Potong Barisan Vaksin

Tular di laman sosial apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik beberapa gambar dan status yang mengesahkan dia dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah telah menerima vaksin di Hospital Bainun, Perak semalam.

Pasangan tersebut didakwa telah menerima vaksin jenis pfizer dan ia menimbulkan keraguan netizen kerana keutamaan vaksin terbabit sepatutnya diberikan terlebih dahulu kepada petugas barisan hadapan dan warga emas sahaja.

 

Dalam status yang dimuat naik, Eina memberitahu bahawa dia dan suaminya telah berjaya mendapatkan dos pertama vaksin dan tidak mengalami sebarang kesan sampingan yang memudaratkan.

Walaubagaimanapun, sejurus selepas menerima pelbagai reaksi daripada netizen, hantaran tersebut telah dipadam dari laman Instagramnya.

Ramai yang mempersoalkan tindakan Eina yang dianggap telah memotong barisan kerana suaminya adalah daripada golongan VIP.

Justeru, timbul isu double standard di antara golongan rakyat dan golongan ‘kayangan’.

Perkara tersebut turut dibincangkan di laman Twitter dan menimbulkan kemarahan ramai pihak kerana pada masa ini, masih ramai yang belum mendaftarkan vaksin dan terpaksa berebut untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca yang baru dibuka pendaftarannya hari ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”