Categories: Trending

Bayi Guna ‘Walker’ Diluar Rumah Maut Digilis Treler

Seorang bayi lapan bulan yang sedang belajar bertatih maut apabila digilis sebuah treler 10 tayar apabila walker yang dinaikinya menggelongsor ke tengah jalan di Soi Suksawat 84, Thailand.

Pemandu treler berkenaan kemudiannya menghentikan lori tersebut sebelum turun mendekati bayi malang yang maut ditempat kejadian akibat pendarahan dan kecederaan parah.

Sebelum itu, ibu mangsa membiarkan anaknya berjalan di hadapan bangunan rumah kedai mereka yang terletak di tepi jalan. Disebabkan keadaan jalan yang bercerun, walker bayi tersebut menggelongsor ke tengah jalan sebelum lori yang gagal mengelak menggilis bayi malang terbabit.

Kejadian tersebut mengejutkan orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Sumber: Line Today

SGMS Enal