Categories: familuv

Tiga langkah mudah untuk mendidik anak tanpa membebel

Oleh Syarifah Fatin Anisa

“Jangan letak baju di situ!”, “jangan berlari!”, “jangan pukul adik kamu” adalah antara nasihat yang berbentuk arahan yang diberikan kepada anak tetapi , makin ditegah, makin dibuat!

Apabila sudah beberapa kali ditegah, kesabaran pastinya makin menipis, maka membebel menjadi jalan terakhir. Kesudahannya, anda pula yang tertekan apabila kesalahan masih berulang.

Sebenarnya, ada cara untuk memperbaiki tingkah laku anak tanpa perlu membebel. Ikuti cara berikut:

Kenal pasti tabiat yang anda ingin ubah

Lihat jika tabiat anak anda bakal mempengaruhi corak kehidupannya nanti. Jika ia hanya tabiat yang akan hilang seiring dengan waktu, anda hanya perlu pantau agar tidak berterusan. 

Jika anak anda suka meninggalkan stoking di ruang tamu atau gemar bermain gajet sehingga mengabaikan pelajaran, anda mungkin perlu mengubahnya.

Foto: Parenting Magazine Singapore

Cari “bahasa” yang sesuai untuk pastikan anak anda memahami maksud anda

Jika anak kecil anda sedang berlari dengan laju, jangan tegah mereka dengan berkata, “jangan berlari!”

Sebaliknya, guna perkataan seperti,”Berjalan juga boleh sampai ke sana,” atau,”mari kita berjalan!”

Jadi kreatif dengan penggunaan perkataan bagi memanipulasi pemahaman mereka. 

Beri pujian apabila mereka tidak meneruskan tabiat

Puji, puji dan puji!

Apabila mereka tidak melakukan tabiat mereka, puji mereka dengan ayat seperti,”Terima kasih kerana tidak makan dengan comot,” atau “Tahniah kerana tidak kencing di atas tilam!”

Pujian akan menerbitkan rasa bangga dalam diri dan membuatkan mereka tidak mahu lagi meneruskan tabiat buruk mereka. 

Bagaimana? Ia memerlukan usaha yang berterusan daripada ibu bapa. Selamat berjaya!

Sumber: Psychology Today

 

tex_admin