Hasrat Miliki Anak Kembar Tak Kesampaian, Isteri Aliff Syukri Reda…

Isteri kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri, Datin Nur Shahida Abdul Rashid meluahkan rasa syukur selepas seorang daripada dua anak dalam kandungannya selamat.

Menerusi laman Instagram Shahida, dia reda dengan ketentuan takdir dan memohon doa orang ramai agar selamat melahirkan bayi ini nanti. 

“ Alhamdulillah walaupun satu dah gugur masih ada satu lagi yang sangat sihat doktor kata…dah ada denyut jantung pun.

“ Terima kasih sahabat yang mendoakan. Doakan anak saya sihat dalam kandungan sehingga waktu melahirkan nanti,” tulisnya.

Ibu kepada empat cahaya mata ini tidak menyalahkan keadaan kerana percaya terdapat sinar di sebalik ujian ini.

“ Saya percaya Allah bagi saya banyak nikmat. Anak saya ramai sedangkan banyak lagi mereka yang ikhtiar nak hamil belum merasakan lagi. Sepatutnya saya bersyukur Allah limpahkan banyak rezeki untuk saya, apalah sangat diduga dengan sedikit ujian,” akhirinya.

Shahida yang kini hamil lima minggu dimasukkan ke hospital pada Selasa lalu selepas mengalami pendarahan melampau dan mengakibatkan keguguran seorang daripada anak kembar dalam kandungannya.

SGMS Faida