Categories: Trending

Beban Hutang Peneroka Dikurangkan Antara RM80,000 Hingga RM100,000

Pengurusan FELDA mendedahkan, purata hutang setiap peneroka tanah rancangan yang dilupuskan menerusi inisiatif pelarasan pinjaman seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah di antara RM80,000 hingga RM100,000 seorang.

Bebanan pinjaman peneroka  ini akan berkurang sebanyak 80 peratus dan berbaki 20 peratus dimana baki tersebut akan diteruskan pembayaran oleh peneroka.

Ini sekaligus merupakan hadiah istimewa buat peneroka yang menantikan pelupusan sebahagian pinjaman mereka kerana ada dikalangan peneroka merekodkan tunggakan hutang melebihi RM200,000 seorang.

Dan, kadar tunggakan hutang yang tinggi itu menyebabkan kebanyakan peneroka FELDA melakukan kutipan antara RM800 hingga RM1,000 sebulan.

Pengarah Besar FELDA, Datuk Amiruddin Abdul Satar, berkata jumlah tanggungan yang tinggi itu didorong oleh pelbagai faktor termasuklah, proses penanaman semula dan bantuan sara hidup bersifat pinjaman yang disalurkan selama ini.

“FELDA prihatin dengan (nasib) peneroka dan sentiasa peka terhadap permintaan mereka. Hasil daripada kos tinggi ditambah dengan sara hidup semasa dan selepas program tanaman semula, semasa ladang tak berhasil.

“Ini ada ambiguity (kesamaran), menyebabkan pengumpulan hutang yang panjang dan banyak hingga ratusan ribu,” katanya pada sesi Taklimat Inisiatif Pelarasan Pinjaman Peneroka secara maya, hari ini.

Justeru itu, bagi peneroka yang ingin mengembalikan borang syarat pelupusan hutang, mereka dinasihatkan untuk berbuat demikian kerana tempoh pengembalian borang syarat persetujuan tersebut kini dilanjutkan dua minggu lagi.

 

 

Sumber : Bernama

Salma Syahbuddin