Categories: Trending

Bayaran Tambahan RM1,000 Bagi GKP 4.0, Permohonan Mula Dibuka Esok

Pelaksanaan Gerak Khas Prihatin (GKP) terbukti telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil terutamanya bagi  mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi.

Justeru itu, di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) Tambahan, peniaga telah menerima RM1,000 pada dua minggu lalu dan akan menerima baki RM5,00 bermula Julai depan.

Manakala, menerusi  Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan telah bersetuju ntuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak sebanyak RM1,000.

Namun, permohonan ini akan dibuka kepada peniaga yang belum pernah menerima bantuan ini.

Kadar bayaran GKP 4.0

Penerima yang layak dan pernah menerima bantuan GKP sebelum ini akan menerima lagi tambahan bayaran bantuan dam GKP 4.0 sebanyak ;

  • RM 1,000

Tarikh bayaran GKP 4.0

Bayaran akan dibuat secara berperingkat melalui 2 fasa seperti berikut;

  • Fasa Pertama – RM500 (bayaran dibuat pada September 2021)
  • Fasa Kedua – RM500 (bayaran dibuat pada November 2021)

Permohonan GKP 4.0

Kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, permohonan akan mula dibuka pada;

  • Tarikh permohonan bermula 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021

Justeru itu, kerajaan berharap dengan bantuan GKP 4.0 ini, seramai 1 juta usahawan PKS mikro terutamanya peniaga kedai gunting rambut, pemilik bengkel, kedai roti, pusat penjagaan kesihatan, dan banyak lagi perniagaan mikro mampu untuk meringankan beban tanggungan bulanan mereka.

Salma Syahbuddin