“Ada Ibu Bapa Yang Tak Mampu Beli..”- Umie Aida Mohon Sumbangan Baju Pesakit Buat Kanak-Kanak Di IJN

Pelakon jelita, Datin Seri Paduka Umie Aida  meminta bantuan orang ramai yang mempunyai pakaian kanak-kanak terpakai berusia antara dua hingga lima tahun untuk memberi sumbangan  kepada pesakit kanak-kanak di wad Pediatrik Institut Jantung Negara (IJN).

Menerusi laman Instagramnya, Umie berkata sejak Perintah Kawalan Pergerakan Diperkatatkan (PKPD) dilaksanakan mereka tidak dapat membeli pakaian harian bagi kanak-kanak yang berasal dari Sabah dan Sarawak serta luar daerah.

Tambah Umie, ada ibu atau penjaga yang kurang berkemampuan untuk beli pakaian terutama selepas pembedahan atau rawatan.

“Sebagai sukarelawan di IJN, saya ingin memohon sekiranya ada antara jemaah (orang  awam) yang mempunyai baju-baju anak-anak atau cucu berumur antara dua hingga lima tahun yang tidak digunakan (terpakai) untuk disumbangkan kepada pesakit kanak-kanak di wad Pediatrik IJN,” 

“Tolong hubungi saya jika anda mempunyai pakaian sesuai terutama jenis ada butang di hadapan kerana mudah dipakai oleh pesakit,” kata Umie.

Mereka yang ingin memberikan sumbangan boleh menghubungi nombor telefon 012-202 2158 (Norin) atau 012-203 5262 (Anita). 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”