Categories: Trending

4,000 Individu Positif Covid-19, Selangor Kini Makin Tenat

Seramai 4,000 individu yang disahkan positif Covid-19 kini berpusu-pusu mahu melapor diri di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati, Seksyen 13 sejak awal pagi semalam.

Namun, menurut laporan angka meningkat secara mendadak sejak dua minggu lalu apabila semakin ramai warga Selangor disahkan positif wabak tersebut susulan saringan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) selain ‘limpahan’ pesakit dari daerah lain seperti Kuala Selangor, Kuala Langat dan Klang.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Petaling Mejar (PA) Juddie Turusi, berkata jumlah terlalu ramai di CAC Stadium Malawati semalam cukup menggusarkan berikutan ia lebih tiga kali ganda dari kapasiti yang biasa ditangani.

Malah, angka terbaru jumlah pesakit covid-19 di Selangor iaitu seramai 4,308 individu semalam dan 4,682 individu kelmarin membuktikan jumlah kes jangkitan Covid-19 kini di tahap paling serius.

“Ia bukan angka sengaja dibuat-buat. Biasanya kami terima purata 1,700 pesakit sehari namun angkanya melepasi 2,000 pesakit minggu lalu dan jumlah terus meningkat hingga semalam”

Tambahnya lagi, dua anggota mereka  terpaksa membantu di bahagian pendaftaran manakala tiga lagi membantu mengawal pergerakan orang ramai dan mereka juga perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) sepanjang tempoh penugasan yang bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang.

Terkini, jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan peningkatan yang sangat tinggi sejak pandemik melanda negara iaitu 11,079 kes pada Selasa.

 

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin