Categories: Trending

Bekas Teman Lelaki Kylie Jenner Gesa Buat Ujian DNA, Percaya Stormi Adalah Anaknya

Bintang realiti Kylie Jenner dilaporkan melakukan ujian paterniti terhadap bayi perempuannya bagi membuktikan teman lelakinya, Travis Scott adalah bapa kepada anak mereka.

Kylie membuat ujian itu selepas bekas teman lelakinya, penyanyi rap Tyga menuntut Kylie berbuat demikian kerana merasakan bayi yang diberi nama Stormi itu sebenarnya adalah anaknya.

Bintang realiti itu bersetuju membuat ujian itu dengan meletakkan syarat Tyga tidak akan membangkitkan lagi hal itu secara umum.

“Tyga yang menuntut Kylie membuat ujian itu dan pada awalnya dia enggan melakukannya kerana ia hanya membuat masyarakat berfikir dia bercinta dengan dua lelaki pada masa yang sama.

“Kylie mengambil berat mengenai Tyga tetapi apa yang dia lakukan sangat melampau dan memalukan namun dia teruskan juga dengan ujian itu bagi memuaskan hatinya,” kata sumber.

Dalam pada itu, hasil ujian paterniti itu mendapati Travis Scott adalah bapa kepada anak tersebut.

Kylie bagaimanapun berang apabila Tyga tetap melanggar perjanjian apabila bercakap mengenai perkara itu secara terbuka.

Foto Kredit : Instagram Kylie Jenner

Yanie Baharom