Categories: Trending

‘Pergi’ Penuh Gaya, Jutawan Dikebumi Dengan Barang Kemas Mahal!

Biarpun sudah meninggal dunia, mendiang tetap ‘pulang’ bergaya. Sheron Sukhdeo yang merupakan jutawan hartanah ini ditembak sehingga mati baru-baru telah dikebumikan dengan dipakaikan barang kemas bernilai AS$100,000 (RM386,000).

Kejadian berlaku di Trinidad dan Tobago menyaksikan seorang lelaki berusia 32 tahun ditembak mati di luar rumah ibu bapa isterinya di Chaguanas, jumaat lalu.

Bukan hanya barang kemas sahaja yang diletakkan bersama mayat berkenaan tetapi juga sepasang kasut berjenama Timberland turut ada!

Mayat bapa kepada dua orang anak itu, dibawa ke tempat pembakaran mayat menaiki sebuah kereta mewah Bentley bernilai AS$150,000 (RM580,000).

Bagaimanapun, dipercayai barang kemas yang dipakai telah dibuka sebelum mayatnya dibakar.

Selain itu, pihak polis sedang menyiasat kemungkinan mangsa dibunuh oleh ahli kumpulan jenayah Rasta City selain mengaitkan masalah keluarga dengan kematian Sukhdeo.

Sumber: Agensi

 

SGMS Faida