Categories: Trending

“Bendera Itu Simbol Kedaulatan Negara Dan Tidak Boleh Dipermainkan”- KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong

Rentetan video viral berdurasi 1 minit 42 saat yang memaparkan Bendera Malaysia dengan berbucu lima bintang kini semakin hangat diperkatakan, isu terbabit nampaknya mendapat maklum balas dari KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq menerusi laman twitter masing-masing.

Menurut KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, bendera itu merupakan simbol kedaulatan negara dan tidak boleh dipermainkan.

” Tiada siapa yang berhak untuk mengubah bendera tanpa persetujuan DYMM Raja-Raja Melayu sebelum di bawa ke Parlimen” 

 

Manakala, Syed Saddiq menerusi laman Twitter miliknya menjelaskan, beliau tidak menerima alasan ‘tersilap bendera’ dan telah mengarahkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) menyiasat dan mengambil tindakan dengan segera.

 

” Budak kecil berumur 5 tahun pun boleh tahu mana satu bendera Malaysia” Tulisnya.
Isu ini timbul apabila, Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) tersilap memaparkan bendera Malaysia dengan berbucu lima bintang sahaja ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.
Oleh itu, adalah wajar sekiranya tindakan diambil berhubung isu ini, memandangkan bendera Malaysia adalah lambang negara, sekaligus menggambarkan imej yang berbeza kepada rakyat Malaysia jika ianya disalah tafsir.
Salma Syahbuddin