Oleh Amnan Hibrahim
Dalam satu infografik yang dikeluarkan oleh Colgate dan The Alliance for a Cavity-Free Future (ACFF) menunjukkan tujuh daripada 10 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah gigi reput, manakala secara puratanya lapan daripada 10 gigi susu kanak-kanak yang berusia lima tahun dan ke bawah mengalami gigi berlubang.
Tidak cukup dengan itu, kelompongan kesihatan gigi kanak-kanak di Malaysia dibuktikan lagi dengan fakta yang menunjukkan daripada semua kanak-kanak berumur 12 tahun yang menjalani pemeriksaaan gigi, 99.8 peratus daripadanya memerlukan penjagaan kesihatan.
Penyakit yang berkaitan dengan gigi seperti masalah gigi berlubang mahupun gigi reput didapati boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti gangguan tidur yang diakibatkan oleh gejala sakit gigi. Selain itu, kanak-kanak yang menghadapi masalah sakit gigi juga lazimnya akan mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat. Hal ini kerana kanak-kanak yang mengalami sakit gigi akan cenderung untuk menelan makanan yang dimakan berbanding menguyahnya sehingga hancur dengan sempurna kerana mahu meminimumkan kesakitan yang dirasai.
Pengerusi ACFF Malaysia, Prof Dr Rahimah Abdul Kadir, berkata walaupun penyakit gigi bukanlah sejenis penyakit yang terkenal berbanding dengan penyakit lain, namun statistik yang dikeluarkan menunjukkan banyak perkara yang perlu dilakukan khususnya kepada kanak-kanak dalam soal penjagaan serta pencegahan penyakit gigi.
“Sehubungan dengan itu, usaha untuk meningkatkan kesedaran adalah salah satu cara yang boleh mengurangkan bilangan jumlah individu yang mengalami penyakit gigi di masa hadapan.
“Sudah tiba masanya kita mula menekankan hal itu kepada masyarakat berkenaan dengan langkah yang perlu dilakukan bagi membasmi penyakit ini yang juga dikenali sebagai penyakit kronik yang boleh dicegah,” katanya dalam kenyataan yang diberikan sempena pengenalan infografik yang dikeluarkan itu.
Masalah gigi berlubang berlaku apabila seseorang itu mengambil makanan mahupun minuman yang tinggi gula dan kanji. Dengan amalan penjagaan gigi yang tidak betul dan tidak konsisten, bakteria jahat akan berkumpul bersama-sam dengan makanan dan air liur untuk membentuk plak pada gigi mereka.
Plak gigi adalah tempat di mana bakteria berkumpul. Bakteria berkenaan akan menukarkan makanan bergula yang dimakan kepada asid.
Dalam jangka waktu yang lama, kehadiran asid di bahagian gigi berkenaan akan menyebabkannya kehilangan mineral yang membuatkannya kuat.
Antara amalan yang perlu dilakukan dalam usaha mengekalkan kesihatan gigi adalah memberus gigi selama dua minit, melakukan flos gigi, gunakan bahan kumuran mulut dua kali sehari, tukar berus gigi setiap tiga bulan dan lakukan pemeriksaan berkala ke klinik gigi.
Bagi kanak-kanak pula, adalah tidak digalakkan untuk tidur sambil menghisap susu. Selain itu, pengetahuan mengenai bahan dan yang digunakan dalam ubat gigi beserta fungsinya juga amat penting dalam membantu seseorang itu membuat pilihan yang tepat untuk membeli produk penjagaan gigi.
Terdapat tiga bahan utama yang perlu ada dalam ubat gigi yang membolehkannya bertindak secara berkesan dalam mengatasi dan melindungi gigi seseorang daripada gejala gigi reput dan gigi berlubang:
-Arginina – Antara tugas arginina adalah menyediakan nutrisi untuk melawan bakteria jahat yang menyebabkan gigi mereput. Selain itu, bahan ini juga berperanan dalam menguatkan bakteria baik yang ada pada di gigi.
-Fluorida – Bahan ini melindungi gigi daripada kehilangan mineral yang mengekalkan kekuatan gigi.
-Kalsium – Kalsium membekalkan mineral utama kepada gigi.
Infografik yang dikeluarkan hasil daripada kerjasama syarikat pengeluar produk penjagaan gigi terkenal Colgate dan ACCF menunjukkan betapa rendahnya kesedaran masyarakat berkenaan dengan kepentingan kesihatan gigi dalam kehidupan mereka.
Malahan, terdapat juga doktor pergigian tempatan yang berkongsi pengalamannya di media sosial berkenaan dengan sikap ibu bapa yang mengambil mudah akan kesihatan gigi anak-anak mereka.
Justeru, sebarang kempen yang berkaitan dengan usaha untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat perlulah dihebahkan. Sebagai contoh, selain daripada mengeluarkan infografik, kerjasama antara Colgate dan ACFF turut merangkumi beberapa aktiviti yang melibatkan sekolah serta beberapa komuniti dengan “Brighter Future With Zero Cavities.”
Kesemua aktiviti yang dijalankan itu diadakan bertujuan untuk menjadikan seluruh kanak-kanak di Malaysia bebas daripada masalah gigi berlubang.
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan kerjasama berkenaan, sila lawati www.facebook.com/ColgateMY.
Alamak, sabar la ya Ruhainies
Ha pedas dan padu pesanan Che Ta!
Semoga baik-baik saja
Alamak! Betul ke ghost account?
cabaran bergelar bapa diusia muda