Sarah Hildebrand Bawa Otto Rasai Pengalaman Berkubang Di Bendang!

Pelakon cantik kacukan Melayu, Jerman dan Amerika Syarikat, Sarah Hildebrand baru-baru ini telah membawa suaminya, Otto Gillen pulang ke kampung halamannya di Kuala Perlis untuk berjumpa dengan keluarga besarnya.

Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand, berkongsi gambar tersebut menerusi beberapa foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Momen-momen menarik yang dikongsikan memaparkan suaminya Otto, yang berdarah kacukan Filipina-Amerika itu menjalani kehidupan di Kampung Tok Kaya, Kayang, Perlis mencuri perhatian netizen.

 

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Sarah membawa suaminya itu ke Perlis bagi merasai pengalaman ke bendang.

Sumber: Instagram Sarah Hildebrand

Pasangan tersebut dikatakan mula berkenalan ketika Sarah melawat bapa Otto yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat pada awal tahun ini dan mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada 3 November selepas suaminya memeluk Islam pada September lalu.

Syafiqa Irdina