Categories: FeaturedTrending

Bimbang Ekonomi Terjejas, Kerajaan Selangor Tidak Setuju PKP Penuh Dilaksanakan

Berikutan peningkatan kes Covid-19 yang merekodkan jumlah kes harian tertinggi hari ini iaitu sebanyak 6,075 kes ramai yang beranggapan bahawa kerajaan bakal mengumumkan PKP penuh atau total lockdown selepas ini.

Walaubagaimanapun, menerusi sidang media hari ini yang diadakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Negeri Selangor, Dr Siti Mariah dan Pengerusi Selangor Task Force COVID 19, Datuk Seri Dr Dzulkifli Ahmad, kerajaan Selangor tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Kami percaya kalau 80 peratus sudah divaksinasi kita berjaya memagar rakyat kita. Kita tahu bahawa yang duduk di luar negeri.

“Yang mana tercetusnya (COVID 19) dari negeri-negeri lain apabila rakyat Selangor kawasan zon merah balik ke negeri-negeri mereka. Kita perlu menumpu vaksinasi ini di negeri Selangor dan Kuala Lumpur,” kata Dr Siti Mariah.

Malah dengan pelaksanaan PKP penuh ,kerajaan negeri juga bimbang ia bakal memberi impak besar kepada ekonomi negeri tersebut termasuklah kepada peniaga kecilan.

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”