Categories: Trending

BPR 2021: Cara Mudah Kemaskini Permohonan

Umum maklum, semakan tarikh permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 akan diumumkan tidak lama lagi. 

Baca artikel berkaitan : Tarikh Pembayaran BPR 2021 & Kadar Bantuan

Justeru, buat penerima BPN 2. 0 dan BSH mereka tidak perlu melakukan permohonan baru, sebaliknya mereka hanya perlu mengemaskini status permohonan.

Walaubagaimanapun, permohonan hanya perlu dikemaskini sekiranya terdapat perubahan dalam keluarga atau anda ingin membuat perubahan data seperti nombor telefon atau akaun bank sahaja. 

Berikut merupakan cara-cara untuk mengemaskini permohonan BPR 2021:

1.  Pergi ke Portal Rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my

2. Klik pada ‘Log Masuk’ di sebelah kanan.

3.Masukkan nombor Kad Pengenalan.

4. Kemudian anda diminta untuk sahkan akaun anda dengan menjawab soalan-soalan yang dipaparkan.

5. Kemaskini maklumat yang diperlukan. Muatnaik dokumen diperlukan (sekiranya perlu).

6. Klik ‘Teruskan‘.

7.Sahkan maklumat anda dan klik ‘Hantar‘.

8. Permohonan kemaskini anda berjaya dihantar.

Untuk pengetahuan ramai, permohonan kemaskini hendaklah dibuat sebelum atau pada 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa)

Kredit foto : The Rohani

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”