Categories: Trending

“Cantiknya Nama… Baby Dah Mula Buka Mata & Bergerak Aktif” -Shuib Dedah Keadaan Bayi Kini Stabil

Pelawak dan juga suami  kepada penyanyi Siti Sarah, Shuib memaklumkan perkembangan terkini anak bongsunya yang diberi nama Ayash Affan yang juga terpaksa dilahirkan secara pramatang semalam akibat keadaan Sarah yang begitu kritikal.

ARTIKEL BERKAITAN : “Dia Sudah Ditidurkan” – Tak Stabil & Oksigen Menurun, Peminat Diminta Doakan Siti Sarah & Kandungan

ARTIKEL BERKAITAN : “Bakal Dibedah & Dikomakan Untuk Selamatkan Bayi Dalam Kandungan” – Shuib Harap Ada Keajaiban Buat Siti Sarah

“Ya Ayyash Affan, itulah nama anak kami. Siti Sarah yang pilih nama tu.Beriya-iya dia mahu nama Ayyash Affansebab maksudnya bekerja keras, cerdik, cerdas, pandai…’

“Mohon semua doakan Ayyash Affan ya. Semoga dia cepat sihat begitu juga ibunya” jelasnya.

Menurut Shuib menerusi perkongsiannya di instagram story, doktor memberitahu bahawa bayi tujuh bulan itu berada dalam keadaan stabil apabila mula memberi isyarat pergerakan pada anggota badannya termasuklah mula membuka matanya dan bergerak aktif.

“Alhamdulillah sedikit perkembangan terkini Ayash Affan. Dr. Faiz dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) memberitahu pagi ini bayi sudah buka mata, kaki sudah menendang-nendang, tangan bergerak aktif dan keadaannya stabil.

“Syukur Ya Allah. Ini semua berkat doa daripada anda semua yang tidak putus-putus mendoakan Ayash,” ujar Shuib menerusi hantaran terkini dalam InstaStorynya.

Bagaimanapun, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, turut mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya agar dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik dan terhindar daripada kemudaratan. Disamping, mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesihatan keluarga beliau.

ARTIKEL BERKAITAN : “Kami Serahkan Semuanya Kepada Allah…” – Sarat Hamil 7 Bulan, Siti Sarah & Keluarga Positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN : “Anak-Anak Tengah Demam, Kandungan Dah Masuk 7 Bulan” – Pembantu Rumah Positif Covid-19, Siti Sarah Risaukan Baby Dalam Perut

Salma Syahbuddin