Categories: Trending

“Meremang Tengok, What A Comeback!” – Shah Firdaus Bangkit Rebut Kedudukan Ditempat Kedua

Pastinya tumpuan seluruh rakyat Malaysia hari ini tertumpu bagi acara berbasikal Keirin lelaki menyaksikan peserta negara Dato Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom.

Walaupun pada mulanya, Shah Firdaus terbabit dalam kemalangan di pertengahan perlumbaan saringan kedua acara keirin Sukan Olimpik 2020 di Velodrom Izu, Tokyo beliau kemudian bangkit menyertai perlumbaan repechages sekaligus merampas kedudukan ditempat kedua mengalahkan peserta dari Perancis, Republik Czech dan China.

Meremang tengok Weyh!

Itu antara reaksi rakyat Malaysia ketika menyaksikan perlawanan hari ini apabila Shah pada mulanya dilihat berada dikedudukan kurang memuaskan namun bangkit dan memberikan pecutan membanggakan.

Bagaimanapun, kelihatan Shah Firdaus pada mulanya dilihat bakal mengalami kemalangan kali kedua apabila beliau dihimpit sedikit oleh pelumba France, Sebastian Vigier.

 

 

Untuk rekod, Shah mengalami kecederaan di bahu kiri  akibat dihimpit pelumba Britain, Jack Carlin dan insiden berkenaan turut membabitkan pelumba Australia, Matthew Richardson.

Namun, Shah Firdaus kini dilaporkan sedang mendapatkan rawatan lanjut berkenaan kecederaan yang dialaminya selepas perlawanan keirin tadi.

Apapun, tahniah Shah Firdaus dan The Pocket Rocketman, semoga berjaya membawa pulang medal untuk negara. Malaysia Boleh!

Salma Syahbuddin