Categories: Trending

Chryseis Tan Selamat Lahirkan Anak Pertama, Kongsi Foto Di Instagram

Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Group, Chryseis Tan selamat melahirkan cahaya mata pertamanya bersama CEO Naza Group, SM Faliq Nasimuddin.

Chryseis berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik foto bayi perempuannya di laman Instagram beliau.

Rata-rata rakan artis dan peminat merakamkan ucapan tahniah atas kelahiran cahaya mata pertamanya.

Pasangan berprofil tinggi itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 dalam satu majlis resepsi penuh gilang gemilang di Berjaya Bukit Tinggi.

Perkenalan antara Chryseis dan Faliq bermula ketika sama-sama menuntut di sekolah antarabangsa.

Chryseis merupakan anak kepada taikun usahawan terkemuka, Tan Sri Vincent Tan.

Tahniah buat Chryseis dan Faliq dari kami di Xtra!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”