Categories: Trending

Kes Meningkat, Selangor Pantau Semula SOP Covid-19

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, kerajaan Selangor akan meneliti semula pematuhan SOP susulan peningkatan kes positif wabak Covid-19 di negeri tersebut.

Dan, penelitian semula ini dilakukan kerana masyarakat dilihat semakin lalai dan alpa dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Peningkatan kes sudah boleh dijangka

Kerajaan Selangor dan Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor sudah menjangkakan tentang peningkatan kes ini dan oleh sebab itu, rakyat Selangor diminta agar terus mematuhi SOP.

Tambahnya lagi, walaupun penilaian semula SOP dilakukan, agak mustahil untuk menutup semula kebenaran sektor beroperasi dan keputusan itu adalah di bawah kuasa kerajaan Persekutuan.

SOP lebih ketat buat rakyat Selangor

Amirudin berkata, kerajaan negeri turut mengemas kini aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) bagi memastikan rakyat sentiasa patuh amalan yang telah ditetapkan.

” Kita membuat pemantauan menggunakan SELangkah yang mana orang ramai boleh membuat laporan sekiranya ada individu TIDAK memakai pelitup muka atau premis tidak menyediakan cecair pembasmi kuman serta tidak mengamalkan penjarakan sosial” Katanya.

Dalam masa yang sama, Selangor menyokong penuh tindakan kerajaan untuk menguatkuasakan kuarantin wajib 14 hari rakyat tempatan atau warga asing selepas memasuki Malaysia.

Salma Syahbuddin