Categories: FeaturedTrending

Cover Lagu #BaikSemula, Gandingan Mantap Naim Daniel Dan Ismail Izzani Dipuji Ramai

Pandemik Covid-19 ternyata memberi impak dan mengubah norma baru dalam kehidupan harian kita semua.

Kini, sebagai salah satu cara untuk menyuntik semangat positif dan inspirasi kepada rakyat Malaysia, team Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) memuat naik video lagu berjudul Baik Semula nyanyian Faizal Tahir, Jacklyn Victor, Tuju K-Clique dan juga Siti Nordiana.

Terbaru, gandingan mantap lagu tersebut yang dinyanyikan semula oleh Naim Daniel dan Ismail Izzani kini mencuri perhatian netizen di laman Instagram.

Video tersebut kini menerima hampir 135, 000 tontonan dan rata rata peminat dilihat memuji suara kedua dua penyanyi muda ini.

Malah, beberapa rakan artis juga turut meninggalkan komen dan menyukai gandingan mereka berdua.

#BaikSemula ini turut menyeru penyokong setia AJL35 untuk mengikut trend #BaikSemula di media sosial sebagai tanda kebangkitan semula semangat rakyat Malaysia. Kongsikan #BaikSemula versi anda bersama kami!

1. Rakam video anda menyanyi atau membuat cover lagu #BaikSemula

2. Muat naik video anda di Media Sosial Facebook, Instagram, twitter, YouTube atau di Aplikasi TikTok

3. Sertakan #BaikSemulaCover #BaikSemula #AJL35 di dalam video anda

4. Video terpilih akan dipaparkan di Malam Anugerah Juara Lagu 35 dalam persembahan istimewa Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Tuju K-Clique dan Siti Nordiana!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”