Categories: Trending

Perjalanan Dari Kuala Lumpur, Selangor Ke Putrajaya Perlu Surat Kebenaran Polis

Walaupun kebenaran merentas daerah kini dibenarkan namun, masih ada yang keliru mengenai operasi standard (SOP) yang diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa.

 

Ismail Sabri berkata, pergerakan dari Selangor atau Kuala Lumpur ke Putrajaya dan sebaliknya, masih memerlukan kebenaran polis dan pengecualian hanya akan diberikan kepada mereka yang bekerja dan mempunyai surat majikan sebagai bukti.

 

“Ini bagi melindungi Putrajaya daripada penularan Covid-19. Pergerakan rentas antara Selangor ke Kuala Lumpur adalah dibenarkan kerana kedua-duanya berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)” katanya.

 

Tambahnya lagi, seperti dilaksanakan sewaktu PKPB 1.0, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah dianggap satu zon.

 

Sumber : Bernama

Salma Syahbuddin