Categories: Trending

[VIDEO] Sebak! Covid-19 Jejas Pendapatan, Peniaga Kecil Terpaksa ‘Korek’ Tabung

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Itu antara nasib yang menimpa peniaga-peniaga kecil, penjaja dan juga peniaga persendirian apabila perintah kawalan pergerakan (PRP) dilaksanakan kerana, bagi mereka kawalan ini menyekat punca pendapatan harian mereka.

Peniaga ini sempat berkongsi masalah yang dihadapi beliau dan keluarga apabila terpaksa menggunakan lebihan pendapatan untuk menyara keluarga sepanjang tempoh PKP ini.

Sumber : Google

 

” Kami terpaksa menutup perniagaan, dan dengan hanya wang simpanan yang sedikit, saya sukar untuk meneruskan kehidupan harian dan memohon kerajaan membantu golongan seperti kami” Katanya ketika sesi temubual menerusi panggilan telefon kepada Buletin Utama.

Malah, perkara yang sama turut dikongsi oleh seorang peniaga kek yang dikenali sebagai Abu Bakar Salleh. Beliau mengakui mempunyai sedikit duit simpanan sepanjang perniagaan beliau yang dijalankan selama 28 tahun di Jalan Raja Bot, namun beliau khuatir sekiranya perintah ini diteruskan sehingga memakan masa berbulan-bulan.

Sumber : Buletin Utama

” Memang duit simpanan adalah sedikit, namun takut sekiranya perkara ini berlanjutan. Mungkin seminggu atau berbulan-bulan. Jadi mungkin wang simpanan saya itu akan dikeluarkan untuk menampung keluarga seramai 6 orang” Jelasnya.

Justeru itu, pihak mereka berharap agar kerajaan dapat memberikan bantuan kepada golongan peniaga kecil yang bergantung kepada pendapatan harian mereka semata-mata.

Salma Syahbuddin