Categories: Trending

Covid-19 : Kluster Baharu Di Pulau Pinang Kini Dikenal Pasti

Pihak Kementerian Kesihatan mengesan satu lagi kluster baharu di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Kluster Ara.

Jangkiti 2 individu

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sehingga kini kluster tersebut telahpun menjangkiti dua individu.

Kluster Ara dikesan apabila kes indeks iaitu kes ke-10, 024 melibatkan seorang lelaki berumur 44 tahun dan merupakan warga tempatan telah dikesan positif ketika saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Sandakan, Sabah pada 15 September lalu berikutan kedatangan kes dari Semenanjung.

Kontak rapat adalah anak saudara

Manakala, saringan kontak rapat turut dijalankan dan kes positif ini iaitu kes ke-10, 217 adalah merupakan anak saudara kepada individu berkenaan.

Dr Noor Hisham berkata, seramai 16 individu disaring dan 14 daripadanya adalah negatif.

“Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan sudah dijalankan di lokasi terbabit. Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya

Salma Syahbuddin