Categories: Trending

Penjara 3 Bulan ATAU Denda RM1,000 Jika Berbasikal Di Lebuh Raya – PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu status yang dimuat naik ke laman Facebook (FB) rasmi pasukan itu, pada Khamis memaklumkan bahawa, mereka yang ingkar akan dikenakan tindakan undang-undang.

Berbasikal di lebuh raya adalah dilarang!

Sumber : Google

Aktiviti berbasikal di lebuh raya adalah dilarang, dan individu yang ingkar boleh dikenakan denda hingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dan mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sekiranya anda ingkar, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu melarang atau menyekat daripada menggunakan kenderaan di atas mana-mana jalan tertentu,” katanya.

Jadi, bagi mereka yang menjadikan sukan berbasikal ini sebagai aktiviti rekreasi di hujung minggu, pastikan keselamatan diutamakan dan jangan berbasikal di lebuh raya okay!

Salma Syahbuddin