Categories: Trending

Kes Kembali Meningkat, Covid-19 Catat 95 Kes & 1 Kematian

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, peningkatan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 10,147 dengan jumlah aktif 754.

Dan ini menunjukkan peningkatan jumlah kes baharu positif Covid-19 sehingga 95 kes membabitkan 91 kes penularan tempatan dan empat kes import.

Babitkan warga tempatan & asing

Kes penularan tempatan membabitkan 68 warganegara dan 23 warga asing, manakala bagi kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara pula kesemuanya membabitkan warga asing.

” Sehingga kini seramai 11 individu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua daripadanya masih memerlukan bantuan pernafasan,” katanya 

91 kes penularan adalah di Sabah

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 14 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di negara ini sebanyak 9,264 kes bersamaan 91.3 peratus.

Salma Syahbuddin