Categories: Trending

Dah Nampak “Baby Bump”! Emma Maembong Umum Hamil Anak Pertama

Pelakon jelita Emma Maembong, 27, berkongsi berita gembira mengenai kehamilan pertamanya menerusi akaun Instagram miliknya kelmari. Wah, tahniah Emma!

Tidak berkongsi butiran lanjut mengenai usia kandungannya, Emma turut berkongsi gambar bulan madu bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar, 32.

“Our first honeymoon and last duo trip with my husband. Can’t wait to see you my baby,” tulisnya.

Foto: Instagram Emma Maembong

Pengumuman Emma atau nama sebenarnya Fatimah Embong itu mendapat respons positif daripada peminat.

Emma mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya Shazli yang juga merupakan seorang juruterbang dalam sebuah majlis tertutup di Bukit Damansara pada 20 Februari lalu.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover