Categories: Trending

Terima Kasih Kepada Rakyat Malaysia Kerana……

Malaysia digemparkan dengan satu video dokumentari terbitan saluran berita  Al Jazeera dalam rancangan 101 East yang mendakwa Malaysia berlaku kejam terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Ternyata tindakan mereka menebitkan dokumentari ini mendapat reaksi yang kurang menyenangkan seluruh rakyat Malaysia.

Hal ini telah mendapat perhatian seluruh pemimpin negara termasuklah Menteri Kanan Keselematan Negara, Datuk Seri Ismail Sabri yang kesal dengan tindakan media antarabangsa itu yang didakwa cuba mengambil kesempatan dan memfitnah tindakan Malaysia terhadap isu PATI sepanjang tempoh tersebut.

Menerusi laman rasmi Twitternya hari ini, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang bekerjasama menentang tindakan stesen TV tersebut.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover