Categories: Trending

Neeta Manisha Rasa Serba Salah Kenapa Pula Ni?

Nampaknya rancangan kegemaran ramai iaitu I Can See Your Voice Malaysia Musim 3 semakin riuh dan lucu!

Episod ke 14 minggu ini menampilkan Neeta Manis sebagai artis jemputan untuk memilih siapakah penyanyi atau penyamar yang bakal berduet dengannya di akhir rancangan. Memang hebat kesemua peserta menyamar sehingga serba salah Neeta dibuatnya!

“Terciduk” Singkir Penyanyi Sebenar

Neeta pada awalnya rasa bersalah apabila di awal rancangan tersalah memilih penyanyi sebenar untuk disingkirkan, namun pilihannya yang kedua berjaya menyingkirkan penyamar.

Namun, Neeta tersalah percaturan apabila menyingkirkan adik-beradik bersuara merdu di pilihan ketiga.

Apa-apa pun, di akhir pusingan, Neeta berjaya juga memilih penyanyi sebenar yang merupakan pelari pecut, Murni Kaseh Rahim dan berduet menerusi lagu “Ruang Mimpi”. Murni berjaya merebut peluang untuk menjadi artis naungan Monkey Bone dan merakam sebuah single

Perfect Duet!

Buat yang terlepas atau masih belum move on dengan persembahan ICSYVM3 minggu lepas, nah Xtra belanja video di bawah ni. Enjoy!

Syafiqa Irdina