Categories: Trending

[TERKINI] Warga Asing Burukkan Imej Malaysia Akan Diusir Serta Merta

Ini adalah amaran keras yang akan diambil oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya mendapati mana-mana warga asing yang mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Malaysia dengan tujuan memburukkan imej negara akan dihalau serta merta.

Pembatalan pas dan dihalau

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, beliau meminta pemegang pas jangka panjang seperti, pas pengajian, lawatan kerja baik sementara mahupun pas residen supaya lebih berhati-hati sekiranya mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan.

“Mereka berdepan risiko pembatalan pas dan akan diminta meninggaIkan negara ini serta-merta, jika kenyataan berkenaan tidak tepat dan bertujuan memburuk-burukkan imej Malaysia”

Tambahnya lagi, laporan mengenai operasi JIM ketika PKP yang disifatkan oleh Al Jazeera itu sebagai rasis kerana tidak mengambil fakta yang betul.

“Operasi imigresen di sekitar Jalan Masjid India pada 1 Mei lalu telah memeriksa seramai 3,352 warga asing, namun jumlah yang ditahan untuk siasatan lanjut hanya 586 orang” Katanya.

Terdahulu, Al Jazeera telah memuat naik video berdurasi 25 minit dan 50 saat berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown mengundang respon negatif daripada masyarakat seluruh dunia.

Malah, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam kenyataannya juga mencabar Al Jazeera agar mengemukakan bukti terhadap kenyataan yang dikeluarkan media tersebut dan menyifatkan tindakan itu sebagai tuduhan membuta tuli dan mengelirukan.

ARTIKEL BERKAITAN : Laporan Al Jazeera Dianggap Mengelirukan Dan Membuta Tuli – Ismail Sabri

Salma Syahbuddin